MENILAI KEASLIAN MUTIARA
1. Untuk menilai sebiji mutiara yang asli...haruslah diketahui yang mana mutiara ini sebenarnya kalis calar. Caranya kikis permukaan mutiara menggunakan benda tajam kalau benar ianya asli pasti tidak meninggalkan kesan calar dan serbuk halus akan terhasil... hasil kikisan tadi.
2. Ianya juga kalis api (permukaanya tidak akan terkopek).
3. Warna mutiara terhasil daripada cengkerang kulit tiram dan bergantung pada usianya..pelbagai warna kite boleh lihat dipasaran tetapi harus di ingat mutiara tidak berwarna hijau, biru, merah...
Untuk pengetahuan semua, dalam sebiji tiram tu bukan la hanya sebiji mutiara sahaja sepertimana yang kita bayangkan..ada berpuluh-puluh biji sebenarnya.
Selain itu, mutiara juga diproses untuk menghasilkan bahan
kosmetik (rawatan wajah ) dan supliment untuk mengekalkan kesihatan dari
dalam. Di China penggunaan kosmetik yang mengandungi mutiara amat
popular kerana keberkesanannya.
Jepun, Filipina antara negara yang mempunyai mutiara yang nilainya
berpuluh-puluh ribu ringgit. Namun terdapat juga mutiara di Malaysia
(Sabah) tetapi kebanyakannya diperolehi dari Selatan Filipina..
Semoga tip dan panduan ini berguna kepada mereka-meraka yang meminati mutiara.
MENILAI SEBIJI MUTIARA
Tiram merupakan tempat dimana mutiara terhasil dari benda asing yang terperangkap di dalam tiram lalu tindakbalas yang menghasilkan kalsium dan protein.
Mutiara ni sebenarnya terbahagi kepada 2 jenis...mutiara air masin dan mutiara air tawar. Dari segi nilai mutiara air masin mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding mutiara air tawar ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada air masin itu sendiri berbentuk bulat, pelbagai warna dan sedikit berat...semakin bulat mutiara tersebut semakin tinggilah nilainya begitula juga dengan warna semakin gelap warna mutiara tu semakin mahal la nilainya.Ini kerana ia dinilai dari umurnya...so macam kelapa la (makin tua makin lemak santannya).
MENGENALI MUTIARA ASLI
Bagaimana mengenal mutiara asli?
Itu adalah persoalan penting dalam penting dalam menilai sesuatu mutiara itu bernilai atau tidak.
Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi memastikan sama ada ianya adalah asli ataupun tidak.
Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggeselkan mutiara tersebut dengan gigi anda.
Jika gigi anda terasa seolah-olah berpasir dan gigi anda terasa sedikit ngilu maka sah ia adalah mutiara asli.
Kaedah kedua ialah dengan
melambungkan mutiara tersebut bagi merasa beban berat mutiara tersebut.
Mutiara asli akan terasa sedikit berat berbanding mutiara tiruan.
Bagaimanapun kaedah paling
popular ialah dengan membakar mutiara tersebut. Jika melecet kesan dari
pembakaran tersebut maka sah ia bukan mutiara asli. Pembakaran tidak
akan mendatangkan
sebarang kesan terhadap mutiara.
Sila Layari My Bisnes Online:
http://faizshahartwork2u.blogspot.com/
http://faizshahartwork2u.blogspot.com/